Saturday, September 3, 2016

1.1 Mengklasifikasi jenis-jenis agen pencuci.

KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI MAKANAN

1.1 Mengklasifikasi jenis-jenis agen pencuci.


STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 Menyatakan jenis-jenis agen pencuci.

1.1.2 Menyatakan alatan yang sesuai dengan aktiviti mengemas dan membersih.



1.1.3 Mengklasifikasi sekurang-kurangnya dua jenis agen pencuci dan dua alatan yang sesuai untuk mengemas dan membersih.


KANDUNGAN PEMBELAJARAN


Alatan dan Agen Pencuci


  • Kita memerlukan alat dan agen pencuci untuk melaksanakan tugas membersihkan peralatan memasak dan ruang kerja.
  • Penggunaan alat dan agen pencuci yang sesuai membantu kita membuat kerja-kerja membersih dengan lebih mudah dan sempurna.
  • Alat dan agen pencuci boleh menjimatkan masa untuk kerja pembersihan dan juga memudahkan proses mencuci.
  • Alatan dan agen pencuci harus digunakan secara berhati-hati kerana penggunaannya yang tidak betul akan merosakkan bahan serta alatan yang berkenaan.



Agen Pencuci dan Kandungannya



  1. Terdapat pelbagai jenis agen pencuci di pasaran. Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita perlu mengetahui tentang kegunaan setiap agen pencuci supaya kita dapat memilih jenis yang sesuai dengan kerja pembersihan yang hendak dilakukan. Agen pencuci yang biasa digunakan terdiri daripada sabun dan peluntur. Agen pencuci digunakan untuk membuang kotoran dan mengeluarkan tanda-tanda degil pada permukaan seperti meja, sinki dan lantai.
  2. Pemilihan dan penggunaan agen pencuci.
  • Memilih dan menggunakan agen pencuci yang sesuai dan betul boleh menjimatkan masa dan tenaga.
  • Label kandungan dan arahan penggunaan pada agen pencuci perlu dibaca dengan teliti semasa memilih dan menggunakannya.
  • Semasa memilih agen pencuci, faktor-faktor berikut perlu diambil kira:

         a) jenis bahan yang hendak dicuci

        b) tahap kekotorannya

        c) pilih agen pencuci yang berkualiti

        d) pilih agen pencuci yang mesra alam

  • Terdapat pelbagai agen pencuci yang mempunyai lebih daripada satu fungsi, contohnya agen pencuci lantai mempunyai lebih daripada satu fungsi seperti mencuci lantai, membasmi kuman dan meninggalkan bau harum.
  • Penggunaan agen pencuci yang salah boleh merosakkan bahan dan alatan kelengkapan.
  • Sebelum menggunakan agen pencuci, baca dengan teliti arahan dan peraturan pada label.
  • Ikut arahan dan peraturan yang dinyatakan pada label untuk mendapat kesan yang lebih baik dan berkesan.
  • Simpankan agen pencuci di tempat yang selamat selepas digunakan, contohnya almari yang berkunci atau tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.


Contoh-contoh Agen Pencuci



a.   Agen pencuci pinggan berbentuk pepejal


b.   Agen pencuci pinggan berbentuk cecair


c.   Agen pencuci tangan


d.   Agen pencuci fabrik


e.   Agen pencuci lantai





Alatan Mengemas dan Membersih


a.       penyapu


penyapu rami                                penyapu lidi

b.      berus dawai


c.      span pencuci 


d.      mop



e.      vakum



f.       penadah sampah



i.       bahan peluntur



j.       pembasmi kuman

RUJUKAN EHSAN


1.     http://notacikgunurul.blogspot.my/2013/05/alatan-dan-agen-pencuci.html
2.     Grafik sumber enjin carian Google

No comments:

Post a Comment