Saturday, September 3, 2016

1.2 Membezakan jenis-jenis kain dapur.

KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI MAKANAN

1.2      Membezakan jenis-jenis kain dapur.


STANDARD PEMBELAJARAN


1.2.1 Menyatakan jenis-jenis kain dapur.
1.2.2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua jenis kain dapur.
1.2.3 Menerangkan fungsi sekurang-kurangnya dua jenis kain dapur.
1.2.4 Membezakan sekurang-kurangnya dua jenis kain dapur.



KANDUNGAN PEMBELAJARAN




NAMA
JENIS KAIN
FUNGSI
CARA PENJAGAAN
Kain pengelap pinggan mangkuk






mudah menyerap lembapan spt kapas & linen
·      Mengeringkan dan mengesat pinggan mangkuk & kutleri
·      Menutup makanan yang belum dimasak
·      Mengeringkan sayur-sayuran

·      Sidai selepas digunakan jika masih bersih
·      Jika kotor, cuci dalam air pnaas bersabun
·      Bilas bersih, jemur tempat panas
·      Anginkan, pastikan kain sejuk,lipat dan simpan.




Kain pencuci

Kain kapas lembut ( kain net @ tuala )
·      Mencuci pinggan mangkuk & perkakas dapur
·      Mengelap dapur, meja
·      Mengeringkan perkakas dapur daripada kayu, aluminium & timah

·      Cuci dengan air panas bersabun
·      Bilas bersih, jemur tempat panas
·      Rebus seminggu sekali untuk memutihkan dan membunuh kuman

Kain tuala tangan

Tuala kapas dan kain linen

·      Mengelap & mengeringkan tangan

·      Gantung di tempat berangin
·      Cuci dengan air panas bersabun
·      Bilas bersih, jemur tempat panas
·      Rebus sekali-sekala

Kain maslin
Kain kapas halus, tenunan longgar

·      Menutup makanan yang telah @ belum masak
·      Menapis cecair spt santan. Jus buah, sirap & agar-agar.

·      Rendam dalam air panas selepas digunakan
·      Cuci dengan air panas bersabun
·      Bilas bersih, jemur tempat panas
·      Rebus jika perlu

Kain lapik periuk dan sarung tangan ketuhar
Kain tahan panas spt kapas. Dijhait beberapa lapisan kain.

·      Mengangkat @ mengalih alatan panas
·      Memegang & membuka pintu ketuhar panas

·      Gantung tempat mudah dicapai
·      Pastikan selalu kering
·      Cuci dengan air panas bersabun
·      Rebus sekali-sekala
·      Bilas, jemur tempat panas

Kampit santan
Kain belacu yang dijahit menjadi kampit mengikut saiz yang sesuai
·      Memerah & menapis santan

·      Cuci dengan air panas bersabun
·      Bilas dengan air panas, jemur tempat panas
·      Rebus selalu untuk membunuh bakteria

4 comments:

  1. hebat....terima kasih cikgu...sy gunakan nota ni dlm pdpc sy...thanks

    ReplyDelete
  2. Di mana blh sy dpatkan Kain maslin ni

    ReplyDelete
  3. SY MINTA IZIN GUNAKAN MAKLUMAT DIATAS SEBAGAI NOTA KELAS SY.

    ReplyDelete
  4. wish I had learned this in school! hahahaa

    ReplyDelete