STANDARD KANDUNGAN
1.0 Kebersihan Ruang Kerja dan Sanitasi Makanan
1.1 Mengklasifikasi jenis-jenis agen pencuci.
1.2 Membezakan jenis-jenis kain dapur.
1.3 Menerangkan amalan kebersihan di ruang kerja dan penyediaan makanan.
1.4 Menerangkan cara menyimpan hidangan panas dan sejuk.
2.0 Kaedah Memasak
2.1 Mengenal pasti maksud kaedah memasak haba kering.
2.2 Mengenal pasti maksud kaedah memasak haba lembap.
3.0 Peranggu Meja
3.1 Menyatakan maksud peranggu meja.
3.2 Menyenaraikan peralatan peranggu meja.
3.3 Melaksana aktiviti membentang alas meja.
3.4 Melaksanakan aktiviti melipat napkin.
3.5 Menyusun atur peranggu meja.
3.6 Mengemas susun atur peranggu meja.
4.0 Etika Di Meja Makan
4.1 Menyatakan maksud etika di meja makan.
4.2 Menyenarai peraturan di meja makan.
5.0 Menyediakan Minuman
5.1 Mengkategorikan jenis-jenis minuman seperti minuman berkhasiat,
minuman menyegarkan dan minuman merangsangkan.
5.2 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut kategori minuman.
5.3 Menyedia, menghias dan menghidang minuman mengikut kategori.
6.0 Menyediakan Bater
6.1 Mengenal pasti jenis-jenis bater.
6.2 Mengelaskan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan daripada bater cair
dan bater pekat.
6.3 Menyedia, memasak dan menghias hasil masakan bater cair dan bater
pekat seperti cucur,kuih cara manis dan pankek.
6.4 Mengepek masakan berasaskan bater cair dan bater pekat.
7.0 Menyediakan Hidangan Sepinggan Lengkap
7.1 Mengenal pasti hidangan sepinggan lengkap.
7.2 Mengenal pasti jenis-jenis bijirin dan hasil bijirin.
7.3 Menerangkan pelbagai jenis hidangan sepinggan lengkap berasaskan bijirin
dan hasil bijirin.
7.4 Menyedia dan memasak hidangan sepinggan lengkap berasaskan bijirin
dan hasil bijirin seperti bubur ayam, bihun sup dan spaghetti goreng.
7.5 Menghias dan menghidang hidangan sepinggan lengkap berasaskan bijirin
dan hasil bijirin.
7.6 Menilai hasil masakan hidangan sepinggan lengkap berasaskan bijirin
dan hasil bijirin.
8.0 Menyediakan Desert
8.1 Mengenal pasti jenis-jenis desert.
8.2 Mengkategori desert panas dan desert sejuk.
8.3 Menyedia dan memasak hidangan desert panas dan desert sejuk.
8.4 Menghias dan menghidang hidangan desert panas dan desert sejuk.
9.0 Pramusaji
9.1 Menyatakan maksud pramusaji.
9.2 Menyatakan ciri-ciri pramusaji.
9.3 Menerangkan tugas pramusaji.
9.4 Melakonkan prosedur melayan pelanggan di restoran.
10.0 Melaksanakan Projek Jualan Makanan
10.1 Merancang satu projek jualan makanan.
(i) jenis hidangan.
(ii) tempat jualan.
(iii) senarai bahan.
(iv) menyediakan hidangan.
(v) pengiraan kos.
(vi) promosi.
10.2 Mengurus projek jualan makanan.
(i) mengepek makanan.
(ii) aktiviti jualan.
(iii) pengiraan untung rugi.
No comments:
Post a Comment